Posts

Portal Halal Malaysia

Di Malaysia disebabkan isu produk dan perkhidmatan halal adalah amat sensitif sehinggakan ada yang telah sanggup meluangkan masa menyemak dan membuat aduan jika ada isu halal dipermainkan.  Isu halal di Negara Malaysia ini adalah antara isu yang selalunya menjadi isu utama jika melibatkan Fahaman Agama Islam dan kekerapannya dibualkan boleh dikatakan setiap hari, setiap minggu dan setiap bulan juga.  Orang Melayu berfahaman Agama Islam juga adalah antara yang selalu dan kerap membuat semakan kepada isu halal ini.  Produk dan Perkhidmatan Halal yang ditetapkan dan telah disahkan oleh Negara Malaysia adalah antara yang akan dibeli.  Jika melibatkan Logo dan Sijil Halal ia akan memberikan tumpuan kepada Logo dan Sijil daripada Negara Malaysia dahulu berbanding melihat Logo dan Sijil Halal daripada Negara Luar sebagai contoh, Negara Thailand yang jika bercerita sahaja mengenai Logo dan Sijil Halal daripada Negara Thailand pasti ada yang bertanya-tanya adakah produk dan p...

Harga patut dan mampu milik.

Sesungguhnya seseorang manusia itu perlu dinilai mengikut kemampuan mereka.  Berdasarkan beberapa hadis dan berdasarkan beberapa kisah-kisah mengenai Rasulullah dan para sahabat berkenaan amalan dan ibadah yang dilaksanakan mengikut kemampuan masing-masing.  Boleh menyemak di ruangan tertentu yang disediakan di dalam bentuk aplikasi dan boleh juga mendapatkan maklumat daripada ruangan Carian Google yang ada disediakan pada masa sekarang ini.   Antara yang boleh dikongsi adalah seperti berikut:- Al-Quran dan Hadis menggalakkan umat Islam melakukan sesuatu mengikut kemampuan masing-masing dengan merujuk kepada  surah Al-Baqarah ayat 286 yang menyatakan tentang bebanan yang tidak melebihi kemampuan seseorang, dan hadis daripada Bukhari dan Muslim yang mengarahkan untuk lakukan perintah mengikut kemampuan dan tinggalkan larangan  seperti yang disebutkan oleh Abu Zaid Ubadah bin Samit dan riwayat Muslim dan Bukhari.   Ayat Al-Quran Surah Al-Baqarah ayat 286...

Malaysia kini terajui industri halal global.

Image
 Petikan daripada my Metro  Malaysia kini terajui industri halal global Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid khairil.ashraf@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Nilai eksport halal Malaysia mencecah hampir RM55 bilion pada tahun lalu sekali gus menjadi tahun kedua berturut-turut melepasi paras RM50 bilion. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kategori makanan dan minuman (F&B) adalah penyumbang terbesar eksport halal dengan nilai sebanyak RM29.4 bilion iaitu peningkatan hampir lima peratus berbanding RM27.84 bilion pada 2022. Menurutnya, ia kemudian diikuti ramuan halal, kosmetik dan penjagaan diri, derivatif minyak sawit, industri kimia dan farmaseutikal. "Sungguhpun berdepan dengan cabaran ekonomi global, Alhamdulillah Malaysia kekal berada di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global 2023 (GIEI). "Ini merupakan pencapaian 10 tahun berturut-turut yang melambangkan Malaysia sebagai...

Mendapatkan produk dan perkhidmatan yang halal itu fardhu.

Image
Mendapatkan produk dan perkhidmatan yang halal itu fardhu. Petikan daripada Facebook. Diwujudkan satu Sekretariat Majlis Halal Malaysia dan satu lagi Bahagian Pengurusan Halal yang bertanggungjawab untuk operasi pensijilan halal manakala Sekretariat Majlis Halal Malaysia akan fokus perkara berkaitan dasar, polisi dan sebagainya. Jadi tanggungjawab itu dahulunya dilihat hanya untuk sijil namun sebenarnya untuk memastikan agar hasrat negara untuk terus menerajui halal di peringkat global bukan saja pensijilan, ia melibatkan juga beberapa usaha lain - polisi, pembangunan standard dan sebagainya, kita perkemaskan dan kita luaskan lagi perkhidmatan kepada pihak industri. Petikan laman sesawang:     https://www.facebook.com/HabHalalJakim/photos/a.743197389172870/1213106608848610/?type=3&locale=ms_MY. Berkenaan produk dan perkhidmatan halal daripada petikan laman sesawang media sosial iaitu surat khabar Sinar Harian. Halal dalam kehidupan harian Menjawab persoalan mengapa as...