Posts

Showing posts from 2025

Malaysia kini terajui industri halal global.

Image
 Petikan daripada my Metro  Malaysia kini terajui industri halal global Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid khairil.ashraf@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Nilai eksport halal Malaysia mencecah hampir RM55 bilion pada tahun lalu sekali gus menjadi tahun kedua berturut-turut melepasi paras RM50 bilion. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kategori makanan dan minuman (F&B) adalah penyumbang terbesar eksport halal dengan nilai sebanyak RM29.4 bilion iaitu peningkatan hampir lima peratus berbanding RM27.84 bilion pada 2022. Menurutnya, ia kemudian diikuti ramuan halal, kosmetik dan penjagaan diri, derivatif minyak sawit, industri kimia dan farmaseutikal. "Sungguhpun berdepan dengan cabaran ekonomi global, Alhamdulillah Malaysia kekal berada di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global 2023 (GIEI). "Ini merupakan pencapaian 10 tahun berturut-turut yang melambangkan Malaysia sebagai...

Mendapatkan produk dan perkhidmatan yang halal itu fardhu.

Image
Mendapatkan produk dan perkhidmatan yang halal itu fardhu. Petikan daripada Facebook. Diwujudkan satu Sekretariat Majlis Halal Malaysia dan satu lagi Bahagian Pengurusan Halal yang bertanggungjawab untuk operasi pensijilan halal manakala Sekretariat Majlis Halal Malaysia akan fokus perkara berkaitan dasar, polisi dan sebagainya. Jadi tanggungjawab itu dahulunya dilihat hanya untuk sijil namun sebenarnya untuk memastikan agar hasrat negara untuk terus menerajui halal di peringkat global bukan saja pensijilan, ia melibatkan juga beberapa usaha lain - polisi, pembangunan standard dan sebagainya, kita perkemaskan dan kita luaskan lagi perkhidmatan kepada pihak industri. Petikan laman sesawang:     https://www.facebook.com/HabHalalJakim/photos/a.743197389172870/1213106608848610/?type=3&locale=ms_MY. Berkenaan produk dan perkhidmatan halal daripada petikan laman sesawang media sosial iaitu surat khabar Sinar Harian. Halal dalam kehidupan harian Menjawab persoalan mengapa as...