Malaysia kini terajui industri halal global.

Petikan daripada my Metro Malaysia kini terajui industri halal global Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid khairil.ashraf@hmetro.com.my Kuala Lumpur: Nilai eksport halal Malaysia mencecah hampir RM55 bilion pada tahun lalu sekali gus menjadi tahun kedua berturut-turut melepasi paras RM50 bilion. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (Miti) Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, kategori makanan dan minuman (F&B) adalah penyumbang terbesar eksport halal dengan nilai sebanyak RM29.4 bilion iaitu peningkatan hampir lima peratus berbanding RM27.84 bilion pada 2022. Menurutnya, ia kemudian diikuti ramuan halal, kosmetik dan penjagaan diri, derivatif minyak sawit, industri kimia dan farmaseutikal. "Sungguhpun berdepan dengan cabaran ekonomi global, Alhamdulillah Malaysia kekal berada di tempat pertama bagi sektor makanan halal dalam Petunjuk Ekonomi Islam Global 2023 (GIEI). "Ini merupakan pencapaian 10 tahun berturut-turut yang melambangkan Malaysia sebagai...